Sunday, 29 May 2011

Sergeant Keroro Tanya Apa Hobi Anda !



Assalamualaikum!(:

hee~ apa kena pulak aku dok letak header gambar sergeant keroro nie pulak kan?
sejak bila aku minat sargeant keroro nie? heheee

actually sergeant keroro yang aku maksudkan nie bukan cartoon cerita jepun tuh
sergeant keroro nie ada blog
kenal dia tak?
huk, aku tak tahu nama betol dia
aku nie kan bloggers baru, baru nak berjinak-jinak la cite dia kann ghee
aku mana nak tahu orang nie famous ke, letop-letop ke, terbako ke huk~
aku tengok followers dia kemain ramai, kira famous la tuh kan? :D

heee~
dia ada buat satu segmen yang bertajuk Sergeant Keroro Tanya Apa Hobi Anda !
yea dan topik itu lah yang akan aku kongsi kan dengan anda-anda semua pada entry kali ini (:
agak-agak apa hobi yang aku kerap dok buat sejak dua tiga dekad nie la kan?
hermm, cabut bulu kambing? ohh tidaak~
cabut bulu orang? OHH LAGI LAH TIDAK! haha

jeng3

music addicted!


yea aku memang OBSES dengar lagu dan itu lah hobi favourite den
suka bebenor!
masuk kereta jea tune radio aku, bukak tv pun channel lagu, time basuh pinggan pun dengar lagu, makan pun dengar lagu

aaaannnnnddd time tido pun
aku memang time tido bukak radio
yea aku tahu itu satu pembaziran sebenarnya
huk tapi nak wat cam manooo, dah memang dari dulu lagi habitat aku , eh silap, habit, aku cenggitu =='
huuu lagu apa aku layaan?
semua lagu aku layaaaaann
jiwang karat, rock gergaji, pop-pop chicken pop, omputih, almost semua genre music

banyak lagi hobi lain tapi hobi yang tuh la yang paling kerap aku buat
tapi hobi yang nie la aku selalu buat ^^

tamat sudah cerita tentang hobi gua
fuhh, ada gak entry aku untuk hari nie, hik maceh sergeant (:
if nak join segmen ini, boleh click pada banner di atas!
dan nak tag jugak! illy hazirah , fifa izzati  and sesiapa yang lalu lalang di bloggie ini


adios! (:


Monday, 9 May 2011

let the fever begin!


LET THE FEVER BEGIN!

hehe.
dah mula dah musim memerah segala macam benda yang ada dalam otak nie hah
hakhak!
masing-masing semua dok struggle 
aku jea yang rajin dok pi mengadap lappy nie
student cemerlang memang macam nie
haha ;D

to those yang akan memerah otak macam aku, GUD LUCK weyt~

macam nie lah muka aku jawab exam. HAHA.

untuk few days nie macam tak update jea kot blog nie
akan bersarang untuk beberapa ketika, harap maklum! hehe
*jangan berangan lah, tak ada siapa pun yang dok baca blog kau nie =='

usaha LIFT kejayaan! 
GO~ 

adios!(:

Wednesday, 4 May 2011

I'M NOT FEELING GAY

Assalamualaikum! (:

nampak tak aku taip BESAU BESAU tuhh

meaning of gay : Gay traditionally means "happy", but in Modern English it also means homosexual. This meaning is more common now. The word "gay" describes a person who is sexually atracted to people of the same sex instead of the opposite sex.
 
 
I'AM NOT FEELING GAY TODAY !


ada banyak makna gay sebenarnya
tapi gay yang aku maksud kan sekarang nie is "happy" oke?
not "gay yang homoseksual" tuh!~
hak3

why am I not feeling gay or not feeling happy today?
sila lihat dialog di bawah

aku : wey hari sabtu nie training taekwondo buat dekat gym. jom pergi? tahu la kau dah black belt, jom ar teman aku?
kawan : *buat muka tembok macam aku tak bercakap dengan dia.
aku : wey kau dengar tak apa aku cakap nie? jom la teman aku.
kawan : *masih dengan muka temboknya yang macam tak dengar apa-apa.
aku : hisssssshh! *sambil memalingkan muka terus blah dari berhadapan dengan dia
kawan : laa wey merajuk ke? wey cakap ar apa kau nak cakap tadik?

bila aku dah sakit hati baru terhegeh-hegeh nak tanya apa aku cakap
selepas dari kejadian itu, sampai aku pulang dari sekolah aku tak cakap dengan dia
teros hilang mood aku the whole day =='
waish sakit hati kot?
aku cakap elok-elok, dengan nada yang mesra-mesra itik, dia boleh buat tak tahu?
whaaat zeee hell laaa~
kalau korang sakit hati tak kalau jadik macam tuh?

sakit bukan?

HAHA. yea la sebab kita cakap elok-elok kan
lain la kalau dok mencarut-carut ke, eii! bengang den~
lepas tuh boleh pulak buat muka innocent
bertamba-tambah berasap la aku nie


conclusionnya : hari ini kita belajar makna perkataan gay, serta notes to those yang selalu buat cenggini (muka tembok bila orang tengah bercakap) jussst HENTIKAN. kerana sungguh menyakitkan hati bila perkara sebegini sering berlaku

focus apabila seseorang itu sedang bercakap anda. terimas :|

adios!(:




Monday, 2 May 2011

teruja

Assalamualaikum! (:


lama tak update blog nie
dah jadik sarang labah-labah dah kot?
muahaha!


today punya entry nie aku saja-saja jea kot update cuz tak ada benda yang lagi bermanfaat dah nak buat selain buat entry merapu nie ;D
just nak kongsi rasa keterujaan & apa yang aku minat
hee~


aku selalu dok bukak channel MTV kat rumah aku tuh
time makan ke, bosan ke, selalu jea bukak MTV
sampai adik-adik aku dok bising 
"akak, tak ada cerita lain ke nak pasang?"
hee~


MTV nie banyak update pasal lagu-lagu latest+video clip hot-hot
ada satu hari tuh aku bukak, sekali ternampak video clip nie



OMJAAAAAYYY~!
terus teruja tengok video dia
aku cam terasa nak move jea bila dengar lagu dia + tengok video dia
video clip dia sangat style *pada aku la
sebab aku memang minat tengok benda-benda menari-nari nie hakhak
tapi malang sekali aku nie mempunyai kaki kayu yang sangat payah untuk dilentur
hikhik

agak-agak if korang ada masa terluang, bukak la channel 708 @ 8tv pukul 9.30 malam
aku selalu tengok cerita nie
SHOWDOWN 2011




nie bukan cerita actually, tapi dance competition
sangaaaat cool!
budak-budak umur 12 tahun pun ada yang masuk competition nie
tahun nie punya competition aku tak tahu la best ke tak
tapi tahun lepas punya competition memang superb laa wa cakap lu~
hihi!


showdown 2010 champion (:

if ada masa, korang tengok & nilai sendiri la macam mana diorang punya dance
if tak nak tengok pun tak mengapa :)

adios!(: