Tuesday 26 April 2011

aku rindu nak raba kau

Assalamualaikum!(:


aku happy gila hari nie because KEKASIH LAMA SUDAH KEMBALI
haha!
lepas nie, aku akan jaga kau, belai kau, 24/7 oke?!
aku dodoi kau tido tiap-tiap malam
usap-usap badan kau
huu aku rindu nak raba kau tahu?
jangan risau, aku takkan lepas kan kau walau ribut taufan datang melanda *cehh!
walau aku jumpa yang baru sekali pun, aku tak kan jual kau
aku setia dengan kau sampai bila-bila
ingat tuh!




sony ericsson G705




TADAAAAAAAAAA~!
nie la kekasih lama akuuu! hak3 
*jangan tekezot aku couple dengan phone
hee tak de lah, gila hape nak couple dgn phone?! =='


phone nie aku dah anggap macam BFF aku dah (boyfriend forever / bestfriend forever)
24/7 dok melekat jea dengan menatang nih
tapi sampai satu hari tuh, aku bagi phone nie pinjam kat orang
suddenly orang tuh TERPATAH kan screen phone nie
what the BULLSIT la kaann huuu


cedera parah phone aku dibuatnya
sebulan lebih jugak la aku tak pakai phone
seksa tahu?!


aku sayang phone nie
sampai patah dua terburai isi-isi phone nie pun aku takkan jual
sayang gila!
pasai pa aku dok sayang sangat phone nie?
pasai dulu mula-mula beli phone nie guna duit aku
beratus-ratus jugak la duit aku terbang beli phone nie
pas tuh boleh pulak bantai celaka mana entah curik phone aku *api kemarahan menyala kembali. HAHA!


aku bagi tahu ibu aku jea, TAKOT NAK BAGI TAHU BAPAK!
nak mati ke hape bagi tahu bapak aku?! huuu
disebabkan takot nak bagi tau, my mum beli phone baru kat aku
kami bersama bersekongkol menipu =='
dia beli kan aku phone yang sama version/model dengan phone aku yang hilang tuh
sampai sekarang bapak aku tak tahu phone yang lama tuh hilang
hik2 


jangan la jadik macam aku, jangan menipuu weytt!
korang kalau ada benda hilang ke, buat salah ke, baik mengaku awal-awal sebelum terlambat macam aku nie
dosa menimbun huu!
astagfirullahalazim :|


and pleeeaaaaassseee jangan ambil menatang nie dari aku
nak ambil gi ambil orang lain punya sanaaa ;p


wahai kekasih terchenta,
nanti aku bagi baju baru kat kau ekhh *bererti themes baru
belai badan kau hari-hari *bererti selalu tekan-tekan keypad/call/message
makeup-makeup kau jadik hot setap sikit *bererti update phone dengan lagu-lagu baru
bagi kau makan benda mahal-mahal/sedap-sedap *bererti topup lebih dari RM5 xD
hik2


harap-harap lah kau tak terlepas lagi dari genggaman ku. amin! 


adios!(:

Saturday 23 April 2011

netball MSSD part 2

Assalamualaikum :)

today is saturday, well, happy saturday guys!
huk, patut nya entry nie aku update semalam
tapi yesterday was a very tired and hard day
so today jea la update

netball MSSD nie berlangsung 3 hari
second day under 18 punya category
alhamdulillah kami melayakkan diri ke semi-final




time game nie padang lecak gila
kalau pakai sport's shoes biasa, memang habis laa
so masing-masing pun pakai boot
masing-masing nak pinjam kat 'abe' (buah hati) masing-masing
muahaha
aku jea yang tak ada 'abe' :(



 
third day kiteorang datang lagi cuz dapat pegi semi-final
yeehaaaa~






tadik terjumpa member-member aku dari sekolah lain
ada sorang member aku nie, memang dari sekolah rendah aku kawan baik dengan dia
tapi masuk sekolah menengah aku pindah sekolah lain, dia pun sekolah lain

dia nie PEREMPUAN oke
tapi appearance dia sumpah macam lelaki
dengan rambut pendek bagai
muahaha ;D


after all the hard effort, alhamdulillah we've got second place on this tournament
well, kira oke la dari tak ada kan?
maybe tak ada rezeki for this year nak jadi champion lagi
good job guys!
sayaaang korangg haha
korang main that day memang supeeerrbb~ :)



fuhh~ banyak gambar kot kat entry nie
muahaha tak ada nak bebel panjang-panjang
heee~ well nie last year main netball nie
lepas nie dah keluar dari sekolah nie tak tao lagi la main ke tak sports nie :|

seminggu tinggal buku
waishh habis result aku
mesti gempak dengan warna merah penuh dalam report card
haha ;D

adios!(:

Wednesday 20 April 2011

netball MSSD part 1

Assalamualaikum!(:


hari nie merupakan the first day of netball MSSD tournament
tapi hari nie under15 punya category
aksi-aksi yang dipertontonkan ini berlaku di padang awam Taman Tasik


mari layan picture oke? (:







haa kat bawah nie ada video sikit
tapi sangat sangat low quality
hik2 camera chokia, baling kat hanjing pun tak mati =='

video nie direcord masa player under15 kami tercedera
sangat syok woot kene dokong!
siapa yang nak dokong kita yang dah tua-tua bangka nie?
harapan menjadi gunung everest la kalau berangan nak kene dokong cenggituh. huk!
tapi in this case, abang st. john tuh tak pikir panjang dah
teros angkat jea! muahaha i likee!



alhamdulillah, nasib baik player kami tak apa-apa huu~
terimas abg st. john (:
game diteruskan lagi & team under15 kiteorang dapat pegi quater
after game quater tuh, hujan selebat-lebatnya membasahi padang
esok memang lecak habis la padang tuh
mampuiiihh!



game under15 di tunda esok or jumaat cuz hujan lebat gila tadik, huk
esok game kiteorang pulaks
aku team under18
so, may the luck be with us! (:


adios!(:

sayangi ibu anda setiap hari

Assalamualaikum (:
jam menunjukkan pukul 12.13 a.m.
huk, tak nak tanya kenapa aku tak tido lagi time-time macam nie?
kui2 because esok ponteng sekolah
esok banyak subject tak penting, so malas mau pegi lalala
standard la, macam tak pernah buat
alaa sekali seumur hidup mesti pernah buat punya kan kan kan? hik2



Jeng jeng!
hee~ nampak tak kek yang sodapp tuhh?
semalam, 19 april 2011 is my mum birthday
she is 44 years old this year
huk, sepatutnya umur macam dia nie, anak-anak semua dah besar-besar
tapi aku nie anak sulung dia baru form 5
lambat la ibu dapat cucu nanti =='
& maaf ibu cuz cake kecik
bajet lari hik2 (:


i just want to say, i love you so much
forever and always
tak ada siapa boleh ganti ibu saya nie
she's perfect for me
thank you for all your sacrifice!
& my one and only 
semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. amin (:

sayangi ibu anda setiap hari!

adios!(:



Wednesday 13 April 2011

maaf kawann!



MAAF KAWAN! =='
knp aku cakap maaf kawan?
huk!
ceritanya sungguh tragis
begini ceritanya

petang tadi, patutnya ada training netball
everyday aku pergi
tapi today aku sangat sangat lah mengantuk's dan penat
macam robot jea hari-hari training+study+tusyen
so aku decide nak REHAT KAN MATA KEJAP JEA
aku tido kat sofa kat bawah tuh
aku cakap dengan adik aku jap lagi kejot aku cuz aku nak gi training
lepas beberapa minit melelapkan mata, adik aku kejot
aku naik la atas ingat nak siap-siap pegi training
sekali boleh pulak aku baring kejap kat katil
cite dia aku terlelap =='
adik aku dok khusyuk mengadap pc men game
tak sedar gamaknya aku dah naik atas

bila mak aku pulang, adik aku cakap aku pegi training
mak aku pun oke fine ar
sekali pukul 7.30 pun aku tak pulang agy
mak aku risau la
SEMUA KAWAN aku dia call
tanya aku ada ke tak dengan diorang
last-last dia jumpa aku kat bilik

haiyaaaaaaaa~!
sungguh BULLSIIIIITTTTTTT
semua orang dok risau aku pegi mana
lari rumah ke, kena belah empat belas ke, kena bunuh ke
adik aku pun satu, nama jea duduk rumah, kalau pencurik masuk angkut tv pun tak sedau rasanya

huk! maaf kawan aku menyusah korang SEMUA
aku menghabiskan kredit korang SEMUA
maaf kawaannnnn
jangan marah aku! huk!

pape pun, aku sayang koraanggg
nanti aku belanja cekedis sorang sebijik ekh

hee~ ada jugak orang dok risau pasal aku kann
LALALA~


adios (:

Monday 11 April 2011

aku taksub

assalamualaikum!

hye kawan kawan~
muahaha!
tadik aku pergi supping kejap (shopping)
bukan shopping apa pun, beli seluar track aku jea =='
mak oi punya payah nak carik saiz aku
saiz aku XS!
dekat section forest punya jenama jea ada saiz XS
hi hua ha hi!

lepas dah beli-beli tuh, pergi tengok jam
jam yang aku pakai sekarang dah season dah
nak rosak dah pun
tunggu hari jek tuh nak menghembuskan nafas terakhir
keh3


aku usha-usha sekali  TERjumpa jam nie tadik
wooot~ I LIKEEEE!





lebih kurang macam nie la jam yang aku tengok kat kedai tadik
tengok yang real punya memang baikpunya!
shomart habis
jam nie boleh bawak pegi diving until 200m dalam laut!
woot woot~
harga pun sangat la shomart
RM359
shomart bukan? haha!
aku dok berzikir nie jea la dari tadik
rm 359 rm 359 rm 359 rm 359
bhahaha!

SIAPA YANG SUDI NAK SEDEKAH RM 359 BOLEH LAH HUBUNGI SAYA DI 0123456789 

keh3
ada pulok la orang nak sedekah kaann?
agaga ;D

huhh!
aku tak pedulik!
aku nak gak jam nie
siapa-siapa yang nak aku cuci jamban rumah korang ke, buat kerja sekolah yang tak siap ke, jaga adik korang ke, carik kutu kat kepala korang ke, haa boleh la bagi aku buat
tp jagan lupa upahh haa 
hihi!

aku sangat taksub sampai macam itu sekali
usaha itu tangga kejayaan! 
eh silap, LIFT KEJAYAAN! *guna lift cepat sikit kan? hik3
GO SUDEH! bhahaha =='

adios!(:

Thursday 7 April 2011

mari membunuh berjemaah!

assalamualaikum!

hee~
mari membunuh berjemaah!
jeng jeng jenggg!
bunuh apa?
niee hahh nak tunjuk
mari lihat apa yang aku bunuh tadik!


alat-alat untuk membunuh! haha!

JENG JENG JENG

||
||
||
||
||
||
||
||
||
||



HAA!
nie la yang aku bunuh tadik
haha!
bukan bunuh actually, tapi BEDAH!
yeaahh! aku memang suka bedah membedah neyh
bagi kat aku jea hancus la nyawa korang
hwahwahwa!



ada kawan aku sorang nie hampir menitiskan air mata dek kerana kesian melihat tikus ini sebegini rupa
huk2 sabar yea kawan ;DD


masa untuk membedah! keh3



ini lah rupa tikus tersebut setelah disiat kulitnya *waish ganasnya aku nak siat2 huk!



ini ialah organ-organ dalamannya,usus,jantong,limpa segala macam benda kui3


bedah membedah nie actually pertandingan sempena bulan science and mathematics!
kat atas tuh la hasilnya setelah dibedah baekpunya!
ngahaha~

aku tak confident jea macam nak menang cuz kiteorang bedah main hentam saja
hampir lunyai tikus itu
keh3

best jugak la bedah bedah nie
first time woot~
hee dah boleh jadik surgeon dah
siapa nak aku bedah dia angkat kaki?!
ohh tidakk.
sudah semestinya lah tak ada siapa pun angkat kan?
tak ada siapa yang rela nyawa nya terkorban ditangan aku
wakaka! ;DD

bedah tikus tuh dibuat after pulang sekolah about 1.50 o'clock macam tuh
habis tuh pukul 3 lebih & at the same time aku ada friendly match dengan smk taman tasik
waisshh memang sompaaat!
balik tuh kibut aku
makan pun tak sempat
kebulooqq aku!




nie ada video siket aku hamek tadik
guna camera chokia jea tuh pasal la gamba pun chokia *low quality
huk!
kenapa video aku setengah jea?
because sampai dekat part nak shoot tuh boleh pulak camera aku cakap memory full *camera boleh bercakap o.O hehe
what the aku cakap =,=
sebab tuh la sampai part nak shoot jea

aku main tadi sumpah underpressure
waishh sangat tertekan
hati nie dok berzikir jea (mencarut) =='

huk, itu jea update for today
hee~
adios!(:

Sunday 3 April 2011

aku lesbo?

jeng jeng jeng!
haha!
kenapa aku tulis tajuk sebegitu rupa?
ini kisahnya

semalam lepas pulang tusyen, nur afiqah (pyka zazau) belanja aku makang!
dia kata nak belanja as hadiah birthday la
dia bawak aku pegy makang dekat secret recipe dekat bandar baru ampang


aku tak biasa makang kat secret nie
orang-orang kaya jea kot makan sini 
aku nie orang tak berduet sangat -,-
hik2!

aku teringin nak makan cake dengan brownies kat sini
aku order oreo cheese cake & carrot brownies
pyka laks oder kids spaghetti bolognese
& two ice lemon tea for both of us! (:


oreo cheese cake! 


ice lemon tea!



carrot brownies! 


kids spaghetti bolognese!

lepas makanan dah sampai, makanggg lahh
tunggu apo laghii ;p

sungguh yummy!
aku suka gila carrot brownies tuh
sangat sodaaaaapp!

time tengah makan-makan tuh, sambil-sambil kiteorang snap picture




dah lapo sangat, garfu pun jadilaahh ;p


nie carrot brownies! sodap gila 

muka kelaparan jea pyka nie


time tengah dok syok-syok bergumbira, gelak2 kat situh
ada lah dalam 2 3 couple kat situh tengah mencekik
aku sedar macam dorang pandang-pandang kiteorang tao
aku tak tau kenapa diorang dok usha kiteorang men suap-suap, amek gambo together-gether, gelak-gelak
dorang usha kiteorang nie macam semacam jea
agaknye dorang nie ingat kiteorang nie LESBO kot?
bhaha!
OMG-NESS
lesbo? what the =='
sungguh lah sangat tidak benar!
kami bukan lesbo yea
BUKAN! :D






pas dah konyang, dah boley bayar dah
semua nya ditanggung beres oleh cik pyka kita neyh


:D

terimas sangat-sangt pykaa cuz belanja sudeh nie
i have such a pleasant time with you
insyaallah nanti birthday pyka, sudeh belanja pyka mencekik kat tempat laen pulak okiess?
nah love love banyak banyak 
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ !!

adios!(: